Perkhidmatan Kertas Kerja Pinjaman dan Percukaian

Saturday, July 4, 2009

RM100 Juta : TEKUN manfaat sepenuhnya

Keratan akhbar Utusan Online



KUALA LUMPUR 26 Jun - Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) akan memanfaatkan sepenuhnya peruntukan tambahan RM100 juta oleh kerajaan bagi membantu usahawan bumiputera di negara ini.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN, Datuk Abdul Rahim Hassan berkata, pihaknya berterima kasih kepada kerajaan yang menyalurkan peruntukan tambahan itu walaupun dalam keadaan kelembapan ekonomi.

Bagaimanapun, katanya, jumlah dana tambahan itu masih kecil jika dibandingkan dengan jumlah permohonan pinjaman yang belum diluluskan untuk disalurkan kepada peminjam.

"Setakat hari ini, permohonan pinjaman bernilai RM350 juta masih belum lulus untuk diagihkan kepada peminjam kerana masalah kekurangan dana.

"Dengan adanya RM100 juta tambahan ini, kita akan luluskan terlebih dahulu pinjaman RM100 juta dan hanya tinggal lebih kurang RM250 juta pinjaman lagi yang belum diluluskan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin memberitahu, Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Tekun akan menerima peruntukan tambahan masing-masing RM550 juta dan RM100 juta.

Awang Adek ketika menggulung perbahasan usul Kementerian Kewangan pada sidang Dewan Rakyat berkata, peruntukan tambahan itu dibuat berikutan pelbagai aduan diterima berkaitan ketidakmampuan kedua-dua agensi tersebut mengeluarkan pinjaman kerana kehabisan peruntukan.

Peruntukan tidak akan diluluskan,jika kertas kerja perniagaan tidak dibuat dengan betul.Jadi untuk memudahkan kerja anda,sila dapatkan koleksi contoh - contoh kertas kerja perniagaan yang ditawarkan http://www.rancanganperniagaan.net/affiliate.php?id=404387

Friday, July 3, 2009

Kertas Kerja/Rancangan Perniagaan

Petikan dari www.rancanganperniagaan.net

PENGENALAN


Selepas mengenal pasti dan memilih satu peluang perniagaan yang sesuai, usahawan perlu membuat perancangan yang teratur supaya perniagaan yang dirancang dapat dilaksanakan dengan berkesan dan sumber-sumber perniagaan dapat digunakan dengan lebih cekap. Selepas memilih satu peluang perniagaan, langkah seterusnya ialah menyediakan sebuah rancangan atau pelan perniagaan yang lengkap. Apakah yang dimaksudkan dengan rancangan perniagaan? Rancangan perniagaan adalah sebuah dokumen bertulis yang menerangkan perkara yang berkaitan dengan perniagaan yang hendak dilaksanakan. Dokumen tersebut mengandungi maklumat yang berkaitan dengan produk atau perkhidmatan yang hendak ditawarkan serta perancangan terperinci mengenai aspek pemasaran, pengurusan, operasi dan rancangan kewangan perniagaan. Rancangan perniagaan sering juga dikenali sebagai kertas projek atau kertas kerja.


Kepentingan Rancangan Perniagaan


Salah satu kepentingan menyediakan rancangan perniagaan ialah untuk menilai sama ada peluang perniagaan yang ingin diterokai berdaya maju atau sebaliknya. Penilaian sesuatu peluang perniagaan perlu diasaskan kepada fakta dan maklumat terkini. Banyak perniagaan gagal selepas beberapa tahun dilaksanakan. Ini disebabkan oleh kegagalan pengusaha menyediakan rancangan perniagaan yang berkesan. Dalam apa jua bidang perniagaan yang ingin diceburi, penyediaan rancangan perniagaan yang lengkap merupakan langkah yang sangat penting. Seringkali dikatakan bahawa jika seseorang berhasrat untuk memulakan sebuah perniagaan tetapi gagal untuk membuat perancangan, sebenarnya dia merancang kegagalannya sendiri dalam perniagaan tersebut. Kepentingan menyediakan rancangan perniagaan secara bertulis atau dalam bentuk dokumen seringkali diabaikan oleh usahawan kecuali apabila diperlukan untuk memohon pembiayaan. Sebab itu dokumen ini sering dikaitkan dengan permohonan pinjaman daripada bank atau institusi kewangan. Keperluan menyediakan dokumen ini dilihat sebagai memenuhi syarat permohonan sahaja. Tanggapan ini menyebabkan kebanyakan usahawan sukar menilai kepentingan dan keperluan menyediakan sebuah rancangan perniagaan. Setelah permohonan mereka diluluskan (atau mungkin ditolak) dokumen tersebut tidak lagi dirujuk untuk melaksanakan projek yang dirancang. Besar kemungkinan ini berlaku kerana dokumen tersebut disediakan oleh pihak lain yang dibayar perkhidmatannya. Oleh yang demikian maklumat yang terkandung dalam rancangan perniagaan berkenaan tidak menggambarkan hasrat sebenar usahawan. Sebaliknya ia cenderung untuk mempengaruhi dan meyakinkan pihak penilai untuk meluluskan permohonan pinjaman atau pembiayaan. Rancangan perniagaan bukan sahaja penting untuk tujuan memohon pembiayaan kewangan tetapi dokumen ini juga disediakan untuk tujuan-tujuan berikut:

1. Rancangan perniagaan sebagai pelan atau “peta” yang diperlukan bagi mengendalikan aktiviti perniagaan. Dokumen ini membantu usahawan mengkaji semula atau mengubahsuai aktiviti dan halatuju yang telah ditetapkan semasa memulakan dan mengendalikan perniagaan.

2. Sebagai panduan untuk mengurangkan risiko kegagalan perniagaan dengan membuat nggaran dan perkiraan hasil dan kos yang terlibat dalam perniagaan yang dirancang. Oleh itu, usahawan akan mengkaji dan menilai sesebuah rancangan perniagaan (berasaskan maklumat terkini) sebelum membuat keputusan untuk memulakannya. Secara tidak langsung penyediaan rancangan perniagaan memerlukan usahawan mengumpul maklumat terkini dalam pasaran.


3. Rancangan perniagaan juga disediakan untuk mengira jumlah modal atau wang yang diperlukan bagi memulakan atau mengembangkan perniagaan. Oleh itu, penyediaan dokumen ini dapat membantu usahawan mengenal pasti jumlah modal permulaan dan sumber pembiayaan yang diperlukan.


4. Penyediaan rancangan perniagaan membantu usahawan memahami dengan mendalam mengenai bidang perniagaan yang bakal diceburi. Usahawan perlu mengetahui setiap aspek pengurusan perniagaan seperti pemasaran, pentadbiran, operasi dan kewangan.

Pembaca Sasaran Rancangan Perniagaan


Memahami sasaran pembaca rancangan perniagaan adalah penting. Ini bertujuan untuk memastikan rancangan perniagaan yang disediakan dapat meyakinkan pembaca yang disasarkan. Pembaca sasaran merujuk kepada pihak yang akan menggunakan rancangan perniagaan berkenaan untuk tujuan-tujuan khusus. Antara pihak yang disasarkan adalah seperti berikut:

Usahawan


Pembaca atau pengguna utama rancangan perniagaan ialah usahawan. Sebagai pengusaha atau pemilik perniagaan usahawan perlu mengetahui selok-belok projek yang bakal dilaksanakan dengan terperinci. Oleh itu, penyediaan rancangan perniagaan dapat membantu usahawan merancang dan membuat keputusan dengan lebih berkesan. Di samping itu usahawan juga dapat menilai daya maju projek dari aspek pemasaran, pentadbiran, operasi dan kewangan.

Bank


Bank dan institusi kewangan lain merupakan pihak yang boleh membantu usahawan memperoleh pembiayaan bagi melaksanakan projek perniagaan yang dirancang. Sebagai pembiaya, bank dan institusi kewangan memerlukan maklumat berhubung kedudukan kewangan perniagaan dari aspek kecairan wang tunai dan keuntungan perniagaan. Kecairan tunai dan keuntungan dapat memastikan kelangsungan perniagaan dan kemampuan perniagaan untuk membayar balik pinjaman yang dipohon. Oleh itu, pihak bank dan institusi kewangan perlu meneliti dan menilai rancangan perniagaan untuk memastikan perniagaan yang dirancang berdaya maju dan berkemampuan untuk membayar balik pinjaman.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut,sila klik disini http://www.rancanganperniagaan.net/affiliate.php?id=404387